Search

“Dia mesti terkejut kalau dia tahu yang saya suka ...

  • Share this:

“Dia mesti terkejut kalau dia tahu yang saya suka kat dia dari dulu lagi. Dia dahlah tak suka kat saya. Sebab dulu... Saya suka kacau dia sampai dia panggil polis suruh tangkap saya. Polis tu tangkap saya tau. Sejak itu saya tak berani nak kacau dia. Public library pun saya dah tak pi sampailah saya ke London. La ni, baru saya tau... Polis yang tangkap saya dulu tu, ayah dia.”
Aduh...
Haih...
Siapa eh?
Pasai apalah aku tak ingat apa-apa ni?
Memanglah aku selalu pi perpustakaan awam tu... Tapi... Haih, aku ni banyak makan semut ke apa? Pasai apa tak ingat langsung?
Tu la...
Payah...
Payah jadi orang lawa ni.
Bukan sikit orang usyar aku dulu.
Banyak kut yang aku suruh ayah tangkap... Sampai ayah pun tak larat nak tangkap!
“Awak rasa... Perlu tak saya beritahu dia yang saya suka kat dia? Kalau saya cakap, dia akan terima saya tak? Saya bukan apa... Saya tak nak lepaihkan peluang lagi.”
Aku pandang Oman Al-Fateh.
“Errr... Awak tanya saya ka?”
“Dah tu, ada orang lain ka dalam dapoq ni?”
“Saya bukan Saloma... Mana saya tau.”
“Kalaulah awak tu Saloma, awak akan terima saya tak?”
Oman Al-Fateh pandang aku.
Mata dia...
Mata dia tu...
“Ah, sedap.”
“Hah?”
“Sedap masak lemak hari ini. Sat, saya goreng teloq. Encik Oman dah boleh makan lepaih siap ni. Nasi dah masak pun. Bila makan, perut kenyang... Kepala otak pun boleh pikiaq dengan baik. Yalah, OFLand tu sebuah syarikat yang besaq. Tak boleh tinggai tempat CEO tu lama-lama...”
“Saya akan bagi jawapan... Setelah saya terima jawapan untuk lamaran saya nanti. Hidangkan... Saya tunggu kat depan. Oh, buat ayaq... Teh o ais... Oh, by the way... Saya dah buat keputusan, bulan Ramadan ni awak tak perlu datang masak.”
Lamaran?

#lamaranramadan


Tags:

About author
Apa yang di dalam page ini, merupakan hal-hal berkaitan dengan Syamnuriezmil. Page ini diadmin oleh penulis sendiri. Tidak boleh dishare apa saja link ke belog saya kecuali dengan izin.
Bukan penulis sepenuh masa tapi aku mahu menulis sehebat Shakespeare, sejiwang Jane Austen dan sesem
View all posts